Selamat tinggal
Selamat tinggal
selendang hitam,
aku ucapkan pada mega yang membawa malam.
Selamat pergi
pasir masa,
aku kirimkan pada angin disember.
Akan kuhirup
secangkir ketabahan,
sehingga ku bertemu bunga cempaka.
Kugetap geraham sambil celik sedarku,
menatap wajah asing yang aku pasrah.
Selamat tinggal bayu malam yang diam.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment